Monday, January 20, 2014

NABI MUSA DENGAN SIKAYA DAN SIMISKIN

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Ada golongan yang kaya dan ada juga golongan yang miskin.

Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia kelihatan begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.


Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, “Ya Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya.”

Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, ” Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, sedangkan aku jarang dapat makan, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu pasang ini saja! “.
Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Tidak lama kemudian ada seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Ia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang kala aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT.”

“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu.

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu: “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya.

Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran: “Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan “Alhamdulillah”. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan “Alhamdulillah” itu hanyalah untuk mempermain-mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan “Alhamdulillah”. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkan di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan “Alhamdulillah” dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.

Firman Allah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk cover balik apa yang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.
Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

KAUM AAD DISERANG TAUFAN

Keadaan menjadi semakin meruncing membuatkan Nabi Hud terpaksa menyerahkan kaumnya kepada takdir Allah, dengan berkata kepada kaumnya: “Baiklah jika kamu sekalian sungguh meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras tidak menghiraukan dakwahku juga enggan meninggalkan penyembahan terhadap berhala-berhala itu, maka tunggulah saat tibanya pembalasan Allah di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencana-Nya dan penyesalan pada waktu itu tidak akan menolongmu. Allah telah menjadi saksiku bahawa aku sudah menyampaikan risalahNya dengan sepenuh tenagaku kepadamu dan akan tetap berusaha sepanjang hayatku memberi penerangan dan tuntutan kepada jalan yang baik yang digariskan oleh Allah bagi hamba-hambaNya.”

Pembalasan Allah terhadap kaum Aad yang engkar itu diturunkan dalam dua peringkat. Peringkat yang pertama berupa kekeringan iaitu kemarau yang melanda ladang-ladang serta kebun-kebun mereka sehingga menimbulkan kecemasan dan kebimbangan kalau-kalau mereka tidak dapat memperolehi hasil dari ladang dan kebun sebagaimana biasanya.

Namun dalam keadaan demkian, Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka, bahawa kemarau itu adalah permulaan seksaan Allah yang dijanjikan dan bahawa Allah masih memberikan kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dari kembali bertaubat, beriman kepada Allah dengan meninggalkan pekerjaan menyembah berhala-berhala mereka, juga memohon pengampunan dari Allah agar segera hujan turun kembali dengan derasnya dan terhindarlah mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam.

Akan tetapi mereka tetap berdegil belum mahu mempercayai dan menganggap janji yang dibuat oleh Nabi Hud itu adalah kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap batu-batu berhala memohon perlindungan dan malapetaka yang mereka alami.

Tentangan mereka terhadap janji Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Hud itu segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan Allah pada peringkat kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal. Pada pandangan mereka gumpalan awan dan mega hitam itu adalah hujan yang akan segera turun membasahi segenap ladang dan kebun sayuran sedang mengalami kekeringan. Mereka menyambutnya dengan sorak-sorai gembira.

Melihatkan sikap kaum Aad yang sedang bersuka-ria itu, berkatalah Nabi Hud dengan nada yang mengejek,”Mega hitam itu bukanlah mega dan awan rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kepada kamu sebagai pembalasan Allah yang telah kujanjikan dan kamu nantikan untuk membuktikan akan kebenaran kata-kataku yan selalu kamu sekalian sangkal dan kamu dustakan.”

Sejurus kemudian menjadi menjadi kenyataanlah tentang apa yang telah diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang amat dahsyat dan kencang disertai dengan suara gemuruh yang mencemaskan telah memusnahkan bangunan rumah dari dasarnya, membawa berterbangan semua perabot dan milik harta-benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik, mereka berlari tidak ketentuan arah mencari tempat perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya.

Bencana angin taufan itu berlarutan selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang sombong itu dan menamatkan riwayatnya di dalam keadaan yang menyedihkan untuk menjadi pelajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang. Ada pun Nabi Hud serta para-para sahabat yang beriman, telah mendapat perlindungan Allah dari malapetaka yang menimpa kaumnya itu dan tetap berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau-bilau, mendengar gemuruhnya angin dan suara pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan disertai dengan teriakan, tangisan orang meminta pertolongan dan perlindungan.

Setelah suasana kembali tenang dan tanah ‘Al-Alqaf sudah menjadi sunyi-sepi dari segala makhluk, pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana di situ beliau tinggal menghabiskan sisa hayatnya sambil meneruskan dakwahnya sehingga beliau wafat dan dikuburkan di situ, di mana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempatan berhampiran Kota Siwun.

Dari kisah Nabi Hud di atas dapatlah kita ambil beberapa pengajaran untuk dijadikan peringatan kita bersama dalam meneruskan penghidupan di masa akan datang.

Nabi Hud telah memberikan contoh dan sistem yang baik yang sepatutnya ditiru serta diikuti oleh setiap para pendakwah dan ahli penerangan agama. Di mana beliau menghadapi kaumnya yang sombong lagi degil itu dengan penuh kesabaran, keunggulan dan berlapang dada. Beliau tidak sekali-kali membalas ejekan-ejekan juga kata-kata kasar mereka, tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai perasaannya dan tidak sampai hilang akal atau kesabaran. Juga Nabi Hud tidak mudah marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan me nuduhnya telah menjadi gila dan sesat. Beliau dengan lemah-lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan penuh hikmah.

Dalam berdialog dengan kaumnya, Nab Hud sentiasa berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara matang, menggunakan akal fikiran yang sihat, dengan memberikan nasihat yang bernas terhadap kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka. Namun hidayah itu adalah dari Allah, Dia akan memberi-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.

BAGAIMANA NABI IBRAHIM MEMBINA KAABAH

Telaga Zam Zam semakin dikunjungi manusia, sehingga itu terbangun sebuah masyarakat baru. Perkembangan secara mendadak ini telah sampai pada pengetahuan beberapa suku kaum yang menetap di bahagian pendalaman kota Makkah. Ini menarik perhatian mereka dan dengan itu mereka mengambil kesempatan untuk sama-sama menyertai serta mendapatkan manfaat dari telaga suci Zam-Zam.


Hajar, ibu Nabi Ismail tidak keberatan menerima penghijrahan mereka. Malah Hajar menyambut mereka sebagai tetamu-tetamu terhormat dengan diberi layanan yang sebaik-baiknya. Keadaan ini mereka menghormati dan memuliakan lagi keluarga Nabi Ibrahim. Juga mereka bersedia mematuhi peraturan-peraturan yang telah diatur dan ditetapkan oleh Hajar. Justeru itu keadaan ini membawa mereka hidup dalam suasana berkasih sayang dan saling bertolong bantu.

Nabi Ismail yang kian dewasa, hidup di tengah-tengah kelompok masyarakat itu, turut melaksanakan tugas suci seperti Nabi Ibrahim. Menyebar dan menyampaikan risalah Allah serta membawa masyarakat sekelilingnya kepada jalan yang benar, sehingga akhirnya bangsa Arab yang terkenal dengan sikap kasar dan bengis itu mengubah sikap mereka.

Nabi Ismail seterusnya membina sebuah keluarga dengan menikahi seorang gadis dari bangsa Jurhum. Namun dengan gadis pertama ini, kehidupan mereka tidak kekal lama. Melalui isteri keduanya, kebahagiaan hidup dapat dirasai oleh Nabi Ismail di samping anak-anak yang dikurniakan sebagai keturunannya. Dan dari keturunan itu lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Kerinduan Nabi Ibrahim yang sekian lama berpisah dengan puteranya Ismail kian menebal di dadanya. Namun kerana tugasnya sebagai Nabi Allah, menyampaikan dakwah dan risalah Allah, keinginannya untuk bertemu itu ditangguhkan pada suatu masa yang belum pasti.

Nabi Ibrahim terpaksa mengembara ke seluruh pelusuk padang pasir yang amat luas, bagi menemui rombongan-rombongan atau kafilah-kafilah manusia, menyeru dan mengajak mereka pada agama yang benar menyembah dan mengEsakan Allah. Inilah suatu tugas berat yang mesti dilaksanakan oleh baginda sebagai utusan Allah.

Sementara Nabi Ismail pula tetap berada di sekitar telaga Zam Zam, yang terus menerus mengeluarkan airnya dan sentiasa dikunjungi manusia, sehingga pertambahan mereka menyebabkan keadaan di sekitar Zam Zam berubah kepada sebuah kota, iaitu yang selalu disebut-sebut mereka sebagai kota Makkah.

Ketika Nabi Ibrahim sibuk dengan tugasnya mengajak dan menyeru manusia menyembah Allah, maka Allah SWT telah menurunkan wahyu memerintahnya mendirikan Rumah Allah (Baitillahil Haram) iaitu Kaabah berhampiran telaga Zam Zam. Tugas suci ini mesti dilakukan bersama-sama anaknya Nabi Ismail.

Dengan itu Nabi Ibrahim segera menuju ke Makkah, mendapatkan Ismail. Tiba di Mekah mereka bertemu di telaga Zam Zam. Di dalam kemuncak kegembiraan atas pertemuan itu Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail akan wahyu Allah yang diterimanya, “Wahai anakku Allah telah memerintahkan kepadaku untuk mendirikan sebuah rumah di atas dataran yang tinggi itu.” Binaan Rumah Allah akan dibina berhampiran telaga Zam-Zam.

Mendengarkan perintah itu Nabi Ismail yang sangat taat pada Allah dan kedua orang tuanya, hanya menundukkan kepalanya tanpa sebarang kata. Setelah itu kedua Nabi Suci Allah segera menuju pada tempat yang telah ditetapkan oleh Nabi Ibrahim secara tapak pembinaan Baitillahil Haram. Dengan dibantu oleh beberapa alat dan dengan tulang empat kerat yang ada, mereka membuat kerja-kerja mendatarkan tanah, mengangkut, mengumpulkan pasir dan seterusnya sedikit demi sedikit meninggikan beberapa tiang dan benteng Kaabah.

Dalam pada mereka bekerja keras berhempas pulas mengerjakan pembinaan Rumah Allah, kedua Nabi suci itu memanjatkan doa kepada Allah dengan berkata, “Ya Allah. Terimalah persembahan kami, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Wahai Tuhan Jadikanlah kami muslimin untuk Engkau, begitu pula anak dan keturunan kami semua menjadi umat yang Islam. Tunjukkanlan kepada kami akan cara peribadatan kami, berilah ampun terhadap kami, kerana Engkau Maha Pengampun lag Maha Pengasih.”

Doa Nabi Ibrahim ini Allah SWT rakamkam dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 128.
Nabi Ibrahim ketika berdoa, baginda telah berdiri pada satu tempat yang berhampiran dengan bangunan Kaabah yang sedang dalam pembinaan. Dan tempat berdiri baginda itulah yang dinamakan Maqam Ibrahim yang sekarang ini sesiapa yang mengadakan tawaf di rumah suci Allah itu disunnahkan melakukan sembahyang sunat dua rakaat dan berdoa. Maqam NaD Ibrahim ini adalah merupakan di antara tempat-tempat berdoa yang dimakbulkan Allah. Sehinggalah di saat ini tempat itu sentiasa menjadi rebutan ribuan manusia setiap tahun yang tidak pernah kosong dari dahulu dan sekarang.

Doa yang telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim itu mengandungi dua makna terpenting. Pertamanya, merupakan persembahan kepada Allah terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Bergantung kepada sejauh mana penilaian Allah terhadap usaha-usaha mereka. Sementara yang keduanya, mengandungi permohonan atau pengharapan. Mengharap agar Allah menjadikan Ibrahim dan Ismail serta keturunan mereka menjadi manusia yang beragama Islam dan dipilih menjadi orang-orang yang beriman serta yang menyerah diri semata-mata kepada Allah. Dan juga agar Allah menunjukkan kepada mereka cara-cara beribadah yang sebenarnya.

Nabi Ibrahim dan Ismail kembali meneruskan pekerjaan yang beium selesai. Setelah binaan Kaabah hampir siap, mereka dapati masih ada kekurangan yang perlu ditambah. Waktu itulah Allah SWT dengan kekuasaan-Nya menghantarkan kepada mereka seketul batu hitam dari syurga. Batu yang luar biasa keadaannya, berwarna hitam (asal berwarna putih) serta berkilat.

Oleh kerana gembiranya mereka mendapatkan pemberian besar dari Allah itu, mereka mengucapkan syukur berulang-ulang kali sambil mengucup batu tersebut dan di waktu yang sama mereka membawanya mengelilingi Rumah Allah dan sama-sama meletakkan pada tempatnya, yang sekarang ini dinamakan Hajar Aswad.

Peristiwa ini dijadikan salah satu dari ibadah- ibadah sunat yang digalakkan melakukannya semasa mengerjakan haji. Kerana itu pada setiap kali musim haji, mereka yang tawaf keliling Kaabah berebut-rebut untuk mengucup batu hitam tersebut. Sementara mereka yang tidak berpeluang berbuat demikian memadailah dengan mengangkat tangannya sebagai syarat ke arah batu hitam dan mencium tangannya. Seolah-olah ia juga turut menciumi Hajar Aswad.

Sekalipun ibadah ini bukan ibadah yang wajib, tetapi setiap muslimin yang datang ke situ berhabis tenaga untuk mendapatkannya, kerana ia memberi kesan mendalam bagi seseorang yang dapat berbuat demikian seperti mencium Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail. Merekalah orang yang pertama sekali melakukan begitu pada Hajar Aswad. Begitu juga seakan-akan mencium Nabi Muhammad, para sahabat, orang-orang soleh yang pernah datang ke situ.

Pengaruh ini dibawa oleh seorang yang bernama Amar bin Lahyin. Seorang yang terkenal dengan hartawan dan juga dermawan. Kedermawanan Amar pernah satu ketika menyumbangkan 10,000 ekor unta dan membahagi-bahagikan makanan dan pakaian kepada berpuluh-puluh ribu jemaah haji. Oleh kerana kebanyakan jemaah haji yang datang itu terdiri dari mereka yang kurang pengetahuan dan kefahaman tentang ajaran Ibrahim, mereka menganggap perbuatan Amar itu sebagai satu perbuatan yang suci. Mereka juga menganggap Amar seorang yang mulia dan suci sehingga menyama tarafkan Amar dengan Tuhan. Segala apa yang dikatakan oleh Amar dianggap wahyu dan syariat. Akhirnya berubah dan terbubar keseluruhan ajaran Nabi Ibrahim. Dan manusia kembali kufur dan derhaka kepada Allah.

Mereka kembali kepada ajaran umat manusia sebelum kedatangan Nabi dan Rasul. Mereka menyembah berhala dan memuliakan binatang (unta). Menyembah Al Manat, Yaghut, Nasr dan lain-lain berhala yang sengaja mereka bawa masuk ke kota suci Makkah dan memenuhi Kaabah dengan patung-patung berhala mereka. Hingga Kota Makkah dan seluruh Tanah Arab dipenuhi berhala dan cara penyembahan yang karut itu. Demikianlah besarnya pengaruh manusia kepada ajaran Amar.

Namun demikian Allah SWT tidak akan membiarkan bumi-Nya dipenuhi oleh kejahilan, kederhakaan dan kekurafatan manusia. Maka Allah mengutuskan Nabi Muhammad dari keturunan Ismail dan Ibrahim, untuk seluruh umat manusia. Kedatangan bagindaadalah membersih dan mengembalikan manusia kepada menyembah dan mengesakan Allah SWT.

Demikianlah Allah telah menerima permohonan dan doa Nabi Ibrahim dan Ismail. Sementara perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah, para sahbat serta orang-orang soleh, juga para ulama menegakkan kembali ajaran Allah, bukan sahaja terpikul di atas bahu mereka, malah inilah juga perjuangan bagi seluruh umat muslimin, dalam mengajak manusia kepada kebenaran.

Firman Allah pada akhir surah Al Haj yang bermaksud: “Berjuanglah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benar kesungguhan (jiwa, raga dan harta). Ia (Allah) sudah memilih kamu dan tidaklah ia menjadikan satu perkara yang amat berat atas kamu dalam agama ini, iaitu agama yang diajarkan oleh bapa kamu Ibrahim, lalah yang menamakan kamu Muslimin sebelum ini dan juga dalam Al Quran, agar Rasul itu menjadi penyampai (berita) kepada kamu. Maka dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat, dan berpeganglah dengan agama Allah. Ia Tuhan kamu, adalah sebaik- baik Tuhan dan sebaik-baik penolong.”

Tindakan ini melambangkan rasa cinta-iaitu cinta seorang hamba terhadap kekasih-kekasih Allah. Ini juga bererti mencintai Allah. Kerana kecintaan inilah yang menarik jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia untuk datang mengerjakan haji dan tawaf di Kaabah atau Baitul Atiq atau Baitul Makmur iaitu rumah yang selalu dikunjungi manusia, sebagaimana Baitul Makmur yang ada di langit tempat tumpuan para Malaikat.

Setelah pembinaan rumah Allah itu selesai, maka Allah mengajarkan kepada Nabi Ibrahim dan Ismail bagaimana untuk mengerjakan ibadah haji iaitu cara penyembahan terhadap Allah SWT. Dengan ibadah ini jugalah Nabi Ibrahim dan Ismail menyampai dan menunjuk ajar kepada semua para nabi dan rasul yang kemudiannya hinggalah ibadah haji ini sampai kepada Nabi terakhir dan penutu segala nabi iaitu Nabi Muhammad SAW. Ibadah-ibadah yang termasuk sembahyang, puasa, zakat dan haji, kerana nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan kemudian hanya tinggal meneruskan saja ajaran Nabi Ibrahim.

Akhirnya Nabi Ibrahim berdoa lagi pada Allah, “Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya aku menempatkan anak turunanku di lembah yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan dan manusia, di sekirat rumah Engkau yang suci (Kaabah). Ya Tuhan! Agar mereka mendirikan sembahyang. Jadikanlah tempat ini sebagai tempat bertawaf, iktikaf, rukuk dan sujud. Jadikanlah hati manusia tertarik dan simpati terhadap mereka. Berikanlah rezeki kepada mereka dari buah-buahan. Mudah-mudahan mereka menjadi orang yang bersyukur.”

 “Wahai Tuhan! Bangkitkanlah seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, serta yang akan membersihkan mereka, kerana sesungguhnya Engkau Maha Gagah, lagi Maha Bijaksana.”
 
Berabad-abad telah berlalu, setelah kewatatan Nabi Ibrahim dan Ismail, Makkah Baitillahil Haram semakin menjadi tumpuan dan kunjungan manusia dari seluruh dunia untuk melakukan ibadah haji dan umrah. Yang dikerjakan dalam bulan-bulan tertentu dalam bulan Islam. Namun demikian, lama kelamaan, mereka mulai lupa kepada ajaran Nabi Ibrahim. Syariat yang diwahyukan Allah kepada Nabi Ibrahim satu demi satu mereka tinggalkan. Mereka mereka dan menokok tambah cara-cara ibadah yang sedia ada dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Mereka bukan lagi menyembah Allah tetapi menyembah Rumah Allah iaitu Kaabah dan berhala.

Saturday, January 18, 2014

KISAH ALLAH TUTUP AIB PENGIKUT NABI MUSA YANG BERDOSA

Pada zaman Nabi Musa AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan.  Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kalimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh
debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil  athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak  turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

Begitulah baiknya Allah..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita melakukan dosa, tentu lah malunya manusia. Tetapi dengan rahmatNya di tutup aib bahkan sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 bahkan bila  taubat di terima, akan di padam segala keaiban tersebut.

Moga di bulan Ramadhan ini kita mengakui semua dosa-dosa kita, ditaubatkan sungguh2 kerana kemuliaan Ramadhan itu, Allah berjanji melalui kekasihnya Rasulullah, diantara keistimewaan Ramadhan, bulan diampunkan semua dosa2 dan bulan akan dikabulkan semua doa2…”Ya Allah, melalui mukjizat RasulMu, ampunilah segala dosa2 kami yang terdahulu mahupun yang kemudian, yang tersembunyi mahupun yang nyata, yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui, yang disengajakan mahukan yang tidak disengajakan.Sesungguhnya kemuliaan bulan ini, moga sudilah Engkau mengampuni kami wahai Allah.”

KISAH NABI SALEH DAN KAUM TSAMUD

Nabi Saleh A.S. dengan rasa rendah hati menghadap ke hadrat Allah SWT berdoa, bermohon kepadaNya agar memberikan kepadanya satu mukjizat bagi membuktikan kebenaran risalah dan ajarannya sekaligus mematahkan segala tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia bermohon kepada Allah SWT supaya menciptakan seekor unta betina yang dikeluarkan daripada sebuah batu karang yang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit di situ.

Maka sejurus kemudian dengan keizinan daripada Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu karang itu dan keluarlah seekor unta betina daripadanya. Dengan menunjukkan kepada binatang yang baru keluar daripada perut batu besar itu, berkatalah Nabi Saleh A.S. kepada kaumnya; “Inilah unta yang Allah SWT telah datangkan kepada kamu sekalian sebagai bukti. Oleh itu janganlah kamu ganggui dia dan biarkanlah dia mencari makanannya sendiri di atas muka bumi Allah SWT ini. Dan satu perkara lagi iaitu, unta ini akan bergilir-gilir dengan kamu dan ternakan kamu bagi mendapatkan air minuman dan ketahuilah bahawa Allah SWT akan menurunkan azab-Nya sekiranya kamu cuba mengganggu unta ini.”

Unta Nabi Salleh A.S. bebas berkeliaran memakan rumput sesuka hatinya tanpa gangguan. Begitu juga, apabila tiba gilirannya untuk minum air, tiada seekor binatang lain berani menghampirinya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pada pemilik-pemilik binatang itu yang makin hari semakin merasakan bahawa dengan kedatangan unta itu di tengah-tengah masyarakat mereka itu merupakan gangguan, bagaikan duri yang melintang di dalam kerongkong. Tetapi, dengan berhasilnya Nabi Saleh A.S. mendatangkan mukjizat itu, maka gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usaha mereka ingin menjatuhkan dan menghilangkan pengaruh Nabi Sa leh A.S. bahkan sebaliknya telah menebalkan pula kepercayaan orang ramai dan menghilangkan rasa ragu-ragu terhadap ajaran yang dibawa olehnya. Kini dendam kaum Tsamud semakin kuat.

Mereka berusaha pula untuk menghasut para pemilik-pemilik ternak agar membunuh unta itu dan kemudian mengusir Nabi Saleh A.S. keluar daripada kota itu. Satu kumpulan ditubuhkan oleh orang-orang dari kaum Tsamud bagi mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh A.S. itu. Rancangan itu dikuatkan lagi apabila muncul seorang janda bangsawan yang kaya raya, menawarkan akan menyerahkan dirinya ke pada sesiapa sahaja yang berjaya membunuh unta Nabi Saleh A.S. Di samping janda itu, seorang wanita lain yang mempunyai beberapa orang anak perempuan yang cantik menawarkan tawaran yang sama seandainya ada orang yang berhasil membunuh unta itu.

Tawaran-tawaran seumpama itu dan berserta dengan rasa benci terhadap kaum Nabi Saleh A.S. akhirnya menarik perhatian dua orang pemuda daripada kaum Tsamud yang bernama Mushadda’ bin Muharrij dan Qudar bin Salif de ngan bantuan tujuh orang pemuda lain menampilkan diri mereka untuk pergi membunuh unta itu. Lalu mereka pergi bersembunyi di suatu tempat di mana biasanya dilalui oleh unta itu dalam perjalanannya ke perigi tempat ia minum. Di situlah berakhirnya hidup unta yang tidak berdosa itu apabila panah yang diajukan oleh Musadda’ mengenai betisnya disusuli pula oleh Qudar dengan menikamkan pedang di perut unta itu.

Dengan rasa bongkak dan sombong, pergilah para pemuda pembunuh unta itu keliling kota menyampaikan berita pembunuhan unta Nabi Saleh A.S. yang mendapat sambutan sorak-sorai dan riang gembira daripada orang ramai seakan-akan mereka baru kembali dari medan peperangan dengan membawa kemenangan yang gilang-gemilang. Ada di antara mereka mengejek-ejek mencabar Nabi Saleh A.S. dengan berkata: “Wahai Saleh, untamu telah kami bunuh. Oleh itu cubalah pula engkau datangkan kepada kami tentang ancaman sepertimana yang engkau janjikan, jika engkau sungguh-sungguh termasuk di dalam orang-orang yang sentiasa benar dalam berkata-kata.”

Nabi Saleh A.S. menjawab: “Telah aku peringatkan kepada kamu sekalian, bahawa Allah SWT akan menurunkan azab-Nya ke atas kamu jika kamu mengganggu unta itu. Maka dengan terbunuhnya unta itu, tunggulah kamu saat tibanya giliran kamu pula menerima azab yang Allah SWT telah janjikan. Kamu telah menentang Allah SWT, dan terimalah kelak akan akibatnya. Sesungguhnya janji Allah SWT tidak pernah meleset. Kamu sekalian boleh bersuka ria dan bersenang-senang hanya selama tiga hari, kemudian datanglah balasan Allah yang setimpal pada hari yang keempat. Demikianlah kehendak Allah SWT dan takdir-Nya yang tidak dapat dihalang atau dielakkan.”

Ada setengah pendapat daripada para ahli-ahli tafsir mengatakan bahawa, Allah SWT sengaja memberi waktu selama tiga hari kepada kaum Tsamud, bagi memberi kesempatan kalau-kalau mereka sedar akan dosa yang mereka lakukan dan bertaubat meminta keampunan seterusnya beriman kepada Allah SWT Namun kaum Tsamud tetap mengingkarinya, bahkan mengejek Nabi Saleh A.S. supaya menpercepatkan tempoh waktu datangnya azab yang dijanjikan dan tak perlu menanti selama tiga hari lagi.

Sebelum turun azab daripada Allah SWT, Nabi Saleh memberitahu kepada kaumnya bahawa azab Allah yang akan menimpa ke atas mereka itu akan didahului dengan tanda-tanda melalui tiga peringkat. Iaitu di peringkat hari yang pertama, wajah mereka akan menjadi kuning dan berubah kepada warna merah pada peringkat hari yang kedua dan berubah sekali lagi menjadi hitam berkilat pada peringkat hari yang ketiga seterusnya turunlah azab Allah SWT yang amat pedih.

Setelah mendengar akan ancaman azab yang dijanjikan oleh Nabi Saleh A.S. kaum Tsamud terdiri daripada Mushadda’, Qudar dan tujuh orang pemuda lain cuba merancang untuk membunuh Nabi Saleh A.S. Mereka bercadang membunuh Nabi Saleh di waktu malam hari bagi mengelakkan dari pengetahuan pengikut-pengikutnya. Tetapi Allah SWT tidak terus membiarkan hamba-hamba-Nya yang kafir itu membunuh Rasul-Nya sepertimana yang berlaku terhadap unta Nabi Saleh A.S. Sewaktu mereka pergi ke tempat Nabi Saleh A.S. bagi melaksanakan rancangan pembunuhan di malam yang gelap dan sunyi itu, tiba-tiba satu longgokan batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya menimpa ke atas mereka sehingga mengakibatkan kematian. Demikianlah Allah SWT telah melindungi Rasul-Nya dari perbuatan mungkar dan niat jahat kaum Tsamud.
Nabi Saleh A.S. diperintahkan oleh Allah SWT supaya meninggalkan kota Hijir dan kemudiannya menuju ke Ramlah, sebuah daerah di Palestin. Sebaik-baik sahaja Nabi Saleh A.S. berserta para pengikut-pengikutnya keluar daripada situ, Allah SWT telah menurunkan azab-Nya yang amat dahsyat disusuli dengan panah petir dan gempa bumi menghancurkan bangunan, rumah-rumah serta menelan kesemua penduduk- penduduknya.

Demikianlah keadaan yang berlaku terhadap kaum Nabi Saleh A.S. iaitu suku Tsamud yang engkar kepada perintah-perintah Allah SWT Di dunia lagi Allah SWT telah musnahkan kehidupan mereka sebelum menerima azab seksaan yang lebih pedih di akhirat nanti. Apa yang dapat kita jadikan pelajaran daripada kisah Nabi Saleh A.S. ini, bahawa kerana dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sebahagian kecil sahaja boleh mengakibatkan seluruh masyarakat yang lain turut binasa.

Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah SWT agar kita melakukan ‘amal makruf nahi mungkar’. Kerana dengan melakukan tugas itu, setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran dan maksiat, kita telah berjaya mengelakkan diri dari dosa bersubahat atau menyetujui pekerjaan mungkar itu. Bersikap sambil lewa, acuh tidak acuh terhadap maksiat serta kemungkaran yang berlaku di hadapan mata, bererti kita secara tidak langsung telah sama-sama terlibat di dalam perbuatan mungkar itu.

NABI HUD A.S DAN KAUM AAD

Nama ‘Aad’ sudah tidak asing lagi dalam sejarah Nabi Hud a.s. la merupakan suatu suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh, serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh badan yang besar dan gagah. Dengan berkat Allah, kehidupan mereka menjadi makmur, bahagia setelah dikurniakan Allah tanah yang subur memudahkan mereka berkebun dan bercucuk tanam bagi sumber makanan seharian.


Sepertimana berlaku terhadap kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud iaitu suku ‘Aad’ juga mempunyai cara penghidupan yang menyembah berhala-berhala dan tidak mengenal Allah. Mereka hidup di da­lam kesesatan di mana iblis mengambil kesempatan menambahkan kacau bilau menghasut manusia melakukan kemungkaran.

Di antara sesama manusia su­dah tidak ada belas kasihan lagi. Perbezaan darjat dan keturunan membuatkan yang kuat menindas yang lemah. Apa yang dipandang hanyalah kekayaan dan kekuatan lahiriah semata-mata. Mereka mencipta patung-patung berhala lalu dinamakan dengan nama ‘Shamud’ dan ‘Alhattar’ dan inilah men­jadi sembahan kerana menurut kepercayaan mereka tuhan-tuhan itu yang memberikan segala nikmat kehidupan, kemewahan, kebaikan dan boleh juga mendatangkan kecelakaan sekiranya manusia engkar kepadanya.

Akibat dari itu mereka tidak henti-henti bersujud serta bersyukur dan memohon perlindungan daripada kedua-dua jaatung berhala itu. Demikianlah gambaran masyarakat suku ‘Aad’ di kala itu.
Sesungguhnya Allah tidak mahu melihat hamba-hambaNya terpesong begitu jauh dari akidah yang sebenar. Lalu kerana telah menjadi sunatullah sejak munculnya Nabi Allah Adam ke bumi ini dari masa ke semasa, jika kedapatan sahaja hamba-hambaNya yang sudah jauh menyimpang dari akidah yang benar yang dibawa oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabiNya, maka tatkala itu Allah menghantarkan seorang Nabi atau Rasul untuk menyegarkan kembali ajaran-ajaran suci Nabi-nabi sebelumnya.

Nabi Hud a.s. yang merupakan pilihan Allah s.w.t. Beliau adalah terdiri dari keluarga yang terhormat, dipandang kedudukannya ser­ta terpengaruh di antara suku-suku di zaman itu. Beliau terkenal dengan tingkah laku yang bersopan, baik budi pekerti, lurus tutur-kata, baik pergaulannya serta bijaksana dan mempunyai pemikiran yang amat luas. Nabi Hud mula menyebarkan dakwahnya terhadap kaumnya ia­itu suku ‘Aad’. Nabi Hud memberitahu akan kewujudan Allah serta kekuasaan memberi nikmat kehi­dupan yang berbagai-bagai untuk mereka kecapi bersama. Oleh ke­rana itu kita sebagai hamba-Nya wajib menyembah Allah serta menyatakan rasa kesyukuran kepadaNya. Kita manusia adalah makhluk-Nya yang juga tidak wajib merendahkan diri bersujud menyembah batu-batu berhala yang tidak kekal itu.

Nabi Hud menyeru agar kaumnya sedar dan bertaubat lantas kembali beriman kepada Allah. Tinggalkanlah perbuatan yang terkutuk itu dan hiduplah di dalam keadaan yang tenteram serta berbaik-baik sesama manusia. Dan seandainya kamu enggan mematuhi kepada apa yang diperintahkan oleh Allah, tunggulah balasan-Nya sebagaimana terjadi ke atas kaum Nuh yang mati binasa dengan air bah akibat keangkuhan mereka menolak seruan dakwah yang dilaungkan. Tetapi bagi suku ‘Aad’, mereka tetap berdegil menolak kebenaran yang diajarkan oleh Nabi Hud. Ke­pada mereka seruan itu tidak dapat difahami dan diterima oleh akal mereka kerana ianya adalah perkara baru yang sebelum ini ti­dak pernah didengari. Segalanya membuat mereka enggan menerimanya dengan hati terbuka malah mencaci dengan berbagai ejekan.

Berkata kaum ‘Aad’ kepada Na­bi Hud: “Wahai Hud, kami telah la­ma hidup dengan cara menyembah berhala-berhala ini bahkan nenek-moyang kami juga mengamalkan perbuatan ini. Bagaimana boleh kami meninggalkannya dan beralih pula kepada Tuhan engkau yang tidak dapat kami lihat dan Tuhan menurut katamu tidak bersekutu. Segala-galanya ini adalah karut dan kami tetap tidak akan berubah.”
“Wahai kaumku.” Jawab Nabi Hud, “Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan kepada kamu untuk menyembah-Nya, walaupun kamu tidak dapat menjangkau dengan pancainderamu, namun kamu da­pat melihat dan merasakan kewujudan-Nya apabila kamu meli­hat alam semesta ini yang penuh dengan bermacam-macam kejadian seperti gunung, bulan, bintang, tumbuhan serta binatang-binatang yang kesemuanya boleh memberi faedah kepada kamu sekalian agar hidup di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan.”

“Sembahlah Allah yang Maha Esa yang tiada bersekutu, tidak beranak dan diperanakkan. Dia Maha Mengetahui setiap perbuatanmu, setiap gerak langkah hati­mu, setiap denyut jantung dan jalan fikiranmu. Jauhkanlah diri ka­mu bertuhankan patung-patung berhala yang tak bermakna yang kamu ukir dengan tangan kamu sendiri. Takutlah kamu kepada Al­lah serta ingatlah bahawa balasanNya amat dahsyat bagi mereka yang engkar.”

Mendengarkan kata-kata Nabi Hud itu kaumnya menjadi hairan dan salah seorang daripada mere­ka berkata pula: “Wahai Hud. Apa yang membuatkan engkau berpendapat demikian menghina tuhan-tuhan kami yang telah menjadi pegangan kami sejak dahulu kala lagi. Engkau mengaku bahawa eng­kau adalah utusan Tuhanmu un­tuk membawa kami kepada agama yang lurus dan benar itu. Apakah kelebihanmu sehingga dipilih sebagai Rasul-Nya sedangkan eng­kau tetap makan, minum, tidur dan hidup bercucuk tanam seperti ka­mi Apa bezanya antara engkau dengan seseorang daripada kami. Sungguh engkau ini seorang pendusta besar yang hanya berkehendakkan pengaruh untuk mendapat kekayaan.”

“Wahai kaumku,” jawab Nabi Hud, “Aku bukanlah seorang pendusta dan fikiranku tetap waras. Kamu kenal aku sejak lama aku hi­dup bersama-sama kamu sekalian, bahawa aku tidak pernah berkata bohong dan sepanjang pergaulanku dengan kamu, tidak pernah terlihat pada diriku tanda-tanda ti­dak kesempurnaan akal fikiranku. Aku adalah utusan Allah yang diamanatkan supaya memimpin ka­mu ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Janganlah kamu mudah terpengaruh dengan bisikan iblis yang hanya ingin menyesatkan ka­mu. Maka percayalah kepadaku, berimanlah dan bersujudlah kepa­da Allah, Tuhan seru sekalian alam, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan kamu, Tuhan yang berkuasa atas segala-galanya. Pohonkanlah keampunan daripada- Nya atas pekerjaan sesatmu itu. Aku hanya menyampaikan apa yang Allah perintahkan dan peringatkan akan akibat yang akan menimpa diri kamu jika kamu te­tap mengengkari kebenaran dakwahku.”

Kaum ‘Aad’ dengan megah menjawab: “Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa eng­kau ini akan mendapat kutukan tuhan-tuhan kami. Engkau telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal. Apakah azab seksa yang sentiasa engkau takut-takutkan kami dan mengancam kami? Ketahuilah bahawa kami tidak akan menyerah dan mengikuti ajaranmu dan kami tidak takut akan balasan yang engkau bayangkan bahkan kami menentang kepadamu agar datangkanlah apa yang engkau janjikan jika engkau se­orang Rasul dan bukan seorang pendusta.”

KISAH PEMUDA DI DALAM KUBAH

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah. Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?” Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan sayalah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”. Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya. Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu susana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”. Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut  dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya.

Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.

BALASAN ALLAH KE ATAS KAUM NABI LUTH

“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu. Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. ”

”Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.

Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.

“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.

“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.

“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.

“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”

Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.

“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.

“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”

“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”

Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.

Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.

“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.

“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”

Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba… Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.

Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

KISAH NABI ISA - HIDANGAN DARI LANGIT

Suatu hari Nabi Isa a.s. berkata kepada kaumnya, “Berpuasalah kamu sekalian selama 30 hari, kemudian mintalah kepada Allah apa-apa yang kamu hajati. Allah pasti akan makbulkan permintaan kamu itu.”

Mendengar arahan itu, mereka pun berpuasalah. Setelah genap 30 hari, mereka berjumpa dengan Nabi Isa lalu berkata, “Hai Isa, kami telah buat apa yang kamu suruh. Buktikanlah Allah itu Maha Memberi.”

“Mohonlah kepada Allah,” jawab Nabi Isa.

Segera mereka berdoa kepada Allah. Seketika kemudian datanglah para malaikat kepada mereka dengan membawa meja makan. Di atas meja itu terhidang tujuh roti dan tujuh jenis lauk. Setelah malaikat itu pergi, kaum Nabi Isa pun membahagi-bahagikan makanan itu. Yang menghairankan ialah orang yang terakhir memakan hidangan itu dapat makan seperti orang yang pertama.

Di hari lain pula, ketika Nabi Isa a.s. selesai sembahyang sunat dua rakaat, beliau telah berdoa kepada Allah. Tiba-tiba turunlah hidangan berwarna merah dari langit, diapit oleh dua awan. Hidangan turun di hadapan Nabi Isa dan kaumnya. Melihatkan kejadian itu Nabi Isa a.s. menangis lalu berdoa: “Ya Allah, jadikanlah diriku termasuk orang-orang yang bersyukur dan jadikanlah hidangan ini sebagai rahmat dan janganlah Engkau jadikan hidangan ini sebagai bencana dan seksa.”

Kemudian Nabi Isa a.s. mengerjakan sembahyang sunat lagi. Setelah selesai baginda pun berkata sambil menangis: “Siapa di antara kamu ini yang paling bagus amalannya, berdirilah dan bukalah hidangan dan mulakan memakan hidangan ini.”

Berkata Syam`un, yang menjadi pemimpin orang-orang Hawariyyin: “Engkau adalah orang yang paling layak membuka hidangan itu.”

Sekali lagi Nabi Isa a.s mengerjakan sembahyang sunat, kemudian barulah baginda membuka hidangan tersebut dengan menyebut nama Allah.

Didapati ada seekor ikan panggang yang dihiasi dengan berbagai-bagai jenis sayur. Terdapat juga lima ketul roti. Di atas roti yang pertama ada buah zaitun, di atas roti yang kedua ada madu, roti ketiga ada minyak samin, roti yang keempat ada keju dan di atas roti yang kelima ada abon.

“Ya Nabi Isa, hidangan itu dari makanan dunia ataupun dari makanan akhirat?” tanya Syam`un.

“Tidak dari keduanya, tapi hidangan ini Allah ciptakan untuk kamu sekalian sebagaimana yang kamu mahukan. Oleh itu bersyukurlah, insya-Allah Dia akan menambahkan lagi anugerah-Nya kepada kamu,” jawab Nabi Isa a.s.

Dikatakan hidangan dari langit itu telah turun selama 40 hari, tetapi tidaklah turun setiap hari. Yang mengkagumkan ialah sesiapa memakan hidangan itu pasti mendapat keberkatannya. Misalnya orang yang sakit, segera akan sihat wal`afiat, dan jika orang-orang miskin memakan hidangan itu, menjadi kaya selama hidupnya.

Inilah salah satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada kekasih-Nya Nabi lsa a.s.

UMMI MA’BAD DAN KAMBING KURUS

Selama tiga hari menyembunyikan diri di Gua Hira’, bekalan makanan dihantar oleh anak Abu Bakar sendiri, iaitu Asma’. Selepas itu, Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Yathrib (Madinah). Perjalanan mereka disertai dua orang rakan lain iaitu Amir bin Fuhairah dan Abdullah bin Uraiqith. Mereka berjalan merentasi padang pasir, gunung-ganang serta merempuh ribut pasir untuk meneruskan usaha menyebarkan Islam kepada penduduk di sana.

Pada suatu hari, ketika merentasi padang pasir, Nabi Muhammad SAW ternampak sebuah khemah di tengah padang pasir. Mereka mendekatinya dengan niat mahu meminta bantuan atau membeli makanan. Kedatangan mereka di sambut oleh seorang gembala kambing yang pemurah bernama Ummi Ma’bad,. Wanita ini bersama suaminya, Abu Ma’bad memang sengaja memasang khemah di tengah padang pasir itu untuk membantu para kafilah yang lalu lalang. Selalunya pasangan suami isteri ini akan dibayar sedikit wang oleh para kafilah atas bantuan yang diberi.

Mereka tiba dalam keadaan letih, lapar dan dahaga. Mereka berhasrat untuk membeli daging dan kurma daripada wanita itu. Tetapi ketika itu suami Ummi Ma’bad sudah keluar mengembala kambing di samping mencari pelanggan dari kalangan kafilah yang lalu. Jadi, tiada apa-apa yang boleh Ummi Ma’bad jual kepada tetamunya yang sedang kelaparan itu. Ketika itu, Ummi Ma’bad tidak mengenali lelaki dihadapannya ialah seorang Nabi, lelaki mulia yang menjadi sebutan seluruh tanah Arab ketika itu. Sangkanya lelaki itu sama seperti lelaki dari kafilah lain yang singgah meminta bantuan. Seketika kemudian, Nabi Muhammad SAW terpandang seekor kambing kurus yang tertambat di tepi khemah.

“Apakah kambing itu mempunyai susu untuk diperah?” Nabi Muhammad SAW bertanya.

“Kambing itu terlalu lemah dan kurus, tuan. Tidak mungkin ia ada susu,” balas Ummi Ma’bad. Dia merasa hampa kerana gagal membantu tetamunya yang dalam kesusahan.


Sebaliknya Nabi membalas, “Tidak mengapa. Tetapi, bolehkah anda benarkan saya memerahnya?”
“Jika tuan fikir ia mempunyai susu, maka perahlah.” Ummi Ma’bad memberi kebenaran.
Nabi Muhammad SAW mendekati kambing itu dan mengusapnya perlahan. Dia berdoa, membaca nama Allah dan mula memerah. Dengan izin Allah, susu kambing keluar dengan banyak. Lalu susu itu diisi ke dalam mangkuk. Kemudian, susu itu diberikan kepada Ummi Ma’bad dan tiga orang sahabatnya yang keletihan. Selepas tiga orang sahabatnya kenyang, barulah giliran Nabi meminumnya. Kemudian dia memerah semangkuk lagi dan menyerahkan kepada Ummi Ma’bad sebagai bekalan. Sejurus kemudian, rombongan itu mengucapkan terima kasih lalu meneruskan perjalanan ke kota Madinah.

Tidak lama kemudian, suaminya, Abu Ma’bad pulang bersama sekawan kambingnya yang kurus kerana tidak cukup makanan. Selepas melangkah masuk ke dalam khemah, dia terperanjat melihat ada semangkuk susu segar. Dia kehairanan kerana pada pengetahuannya, semua kambingnya kurus kering dan kekurangan makanan. Tidak mungkin kambingnya boleh mengeluarkan susu sesegar itu.
Ummi Ma’bad menceritakan mengenai kedatangan empat orang lelaki Quraisy ke khemah mereka tadi. Dia menyatakan kagumnya dengan lelaki itu. Katanya, lelaki itu punya sepasang tangan yang cukup berkat kerana berjaya memerah susu daripada kambing yang kurus itu.

“Ceritakan bagaimana paras orang itu, Ummi Ma’bad,” pinta Abu Ma’bad.

“Dia seorang yang pembersih. Mempunyai wajah yang bercahaya dan tingkah laku yang sangat baik,” kata Ummi Ma’bad.

Kemudian dia menyambung, “Rupanya sangat cantik. Matanya hitam, bulu keningnya lebat, suaranya garau manakala tengkuknya panjang. Dia mempunyai janggut yang lebat dan betis yang panjang. Kulitnya pula kemerah-merahan serta bercelak.” Dia berhenti berbicara. Abu Ma’bad pula diam mendengarnya.

“Dia sangat tenang jika berdiam diri. Apabila bercakap, dia kelihatan hebat. Jika dilihat dari jauh, dia seorang yang amat cantik dan kelihatan cerah, manis dan bagus. Dia seorang yang terlalu sempurna, serta mempunyai teman-teman yang sayang kepadanya. Jika dia bercakap mereka mendengar dan menurut perintahnya.” Ummi Ma’bad memperincikan sifat lelaki yang ditemuinya.

Abu Ma’bad kagum mendengarnya. “Demi Allah, itulah lelaki Quraisy yang disebut-sebut di Mekah. Aku memang bercita-cita hendak mengikutnya. Jika aku ada peluang, aku akan lakukan!”

Mendengar kata-kata suaminya, Ummi Ma’bad tidak berlengah lagi. Dia menyiapkan barang-barang keperluan lalu berangkat ke Madinah mengikut jejak tetamunya tadi. Di sana, mereka memberikan taat setia dan menjadi pengikut Islam yang sejati.

Sejak itu, nama Ummi Ma’bad atau nama asalnya Atikah binti Khalid al-Khuzaiyah tercatat dalam sejarah Islam kerana bijak dan fasih dalam menerangkan sifat Nabi. Ungkapan yang digunakannya begitu halus, lembut, terperinci dan penuh berperasaan sekaligus membuktikan ketajaman akalnya.

Friday, January 17, 2014

KISAH SITI FATIMAH AZ ZAHRA

Lahirnya Siti Fatimah Az Zahra r.a merupakan rahmat yang telah dilimpahkan Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia telah menjadi wadah suatu keturunan yang suci. Ia laksana benih yang akan menumbuhkan pohon besar penyambung keturunan Rasulullah SAW. Ia satu-satunya yang menjadi sumber keturunan paling mulia yang dikenali umat Islam di seluruh dunia. Siti Fatimah Az Zahra r.a dilahirkan di Makkah, pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, lebih kurang lima tahun sebelum Rasulullah SAW di angkat menjadi Rasul.


Siti Fatimah Az Zahra r.a membesar di bawah naungan wahyu Ilahi, di tengah kancah pertarungan sengit antara Islam dan jahiliyah, di kala sedang hebatnya perjuangan para perintis iman melawan penyembah berhala.

Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a sudah mengalami penderitaan, merasakan kehausan dan kelaparan. Dia berkenalan dengan pahit getirnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Lebih dari tiga tahun, dia bersama ayah bondanya hidup menderita dibuang daerah akibat pemboikotan orang-orang kafir Quraisy terhadap keluarga Bani Hasyim.

Setelah bebas penderitaan setelah 3 tahun diboikot, datang pula ujian berat atas diri Siti Fatimah Az Zahra r.a, apabila wafatnya bonda tercinta, Siti Khadijah r.a. Perasaan sedih selalu sahaja menyelubingi hidup sehari-harinya dengan putusnya sumber kecintaan dan kasih sayang ibu.

Rasulullah SAW sangat mencintai puterinya ini. Siti Fatimah Az Zahra r.a adalah puteri bongsu yang paling disayang dan dikasihani junjungan kita Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW merasa tidak ada seorang pun di dunia, yang paling berkenan di hati baginda dan yang paling dekat di sisinya selain puteri bongsunya itu.

Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Ali r.a demikian:

Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…”

Penyataan baginda itu bukan sekadar cetusan emosi, melainkan suatu penegasan bagi umatnya, bahawa puteri baginda itu merupakan lambang keagungan peribadi yang ditinggalkan di tengah umatnya.

Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan sendiri ujian-uijian getir yang dialami oleh ayah bondanya, baik berupa gangguan-gangguan, mahupun penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan orang-orang kafir Quraisy. Siti Fatimah hidup di udara Makkah yang penuh dengan debu perlawanan orang-orang kafir terhadap keluarga Nubuwah, keluarga yang menjadi pusat iman, hidayah dan keutamaan. Dia menyaksikan keteguhan dan ketegasan orang-orang mukmin dalam perjuangan gagah berani menghadapi komplot-komplot Quraisy. Suasana perjuangan itu membekas sedalam-dalamnya pada jiwa Siti Fatimah Az Zahra r.a dan memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadinya, serta mempersiapkan kekuatan rohaniah bagi menghadapi kesukaran-kesukaran di masa depan.

Setelah ibunya wafat, Siti Fatimah Az Zahra r.a hidup bersama ayahandanyaa. Satu-satunya orang yang paling dicintai. Dialah yang meringankan penderitaan Rasulullah SAW ketika ditinggal wafat isteri baginda, Siti Khadijah. Pada suatu hari Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan ayahnya pulang dengan kepala dan tubuh penuh pasir, yang baru saja dilemparkan oleh orang-orang Quraisy, di saat ayahandanya sedang sujud. Dengan hati remuk-redam laksana disayat sembilu, Siti Fatimah r.a segera membersihkan kepala dan tubuh ayahandanya. Kemudian diambilnya air untuk mencucinya. Dia menangis tersedu-sedu menyaksikan kekejaman orang-orang Quraisy terhadap ayahnya.
Kesedihan hati puterinya itu dirasakan benar oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk menguatkan hati puterinya dan meringankan rasa sedihnya, maka Nabi Muhammad SAW sambil membelai-belai kepala puteri bongsunya itu, berkata, “Jangan menangis…, Allah melindungi ayahmu dan akan memenangkannya dari musuh-musuh agama dan risalah-Nya.”

Dengan tutur kata penuh semangat itu, Rasulullah SAW menanamkan daya juang yang tinggi ke dalam jiwa Siti Fatimah r.a dan sekaligus mengisinya dengan kesabaran, ketabahan serta kepercayaan bahawa Islam akan menang. Meskipun orang-orang sesat dan derhaka seperti kafir Quraisy itu sentiasa mengganggu dan melakukan penganiayaan-penganiayaan, namun Nabi Muhammad SAW tetap melaksanakan tugas risalahnya.

Pada ketika lain, Siti Fatimah r.a menyaksikan ayahandanya pulang dengan tubuh penuh dengan kotoran kulit janin unta yang baru dilahirkan. Yang melemparkan kotoran atau najis ke punggung Rasulullah SAW itu adalah Uqbah bin Mu’aith, Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf. Melihat ayahandanya berlumuran najis, Siti Fatimah r.a segera membersihkannya dengan air sambil menangis.

Nabi Muhammad rupa-rupanya menganggap perbuatan ketiga kafir Quraisy itu sudah keterlaluan. Kerana itulah maka pada waktu itu baginda memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT: “Ya Allah, celakakanlah orang-orang Quraisy itu. Ya Allah, binasakanlah Uqbah bin Mu’aith, ya Allah binasakanlah Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf.”

Masih banyak lagi pelajaran yang diperolehi Siti Fatimah dari penderitaan ayahandanya dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah. Semuanya itu menjadi bekal hidup baginya untuk menghadapi masa mendatang yang berat dan penuh ujian. Kehidupan yang serba berat dan keras di kemudian hari memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental.

Tepat pada saat orang-orang Quraisy selesai mempersiapkan komplot untuk membunuh Rasulullah SAW, Madinah telah siap menerima kedatangan baginda. Nabi Muhammad meninggalkan kota Makkah secara diam-diam di tengah kegelapan malam. Baginda bersama Abu Bakar As Siddiq meninggalkan kampung halaman, keluarga tercinta dan sanak saudara. Baginda berhijrah sepertimana dahulu pernah juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s.

Di antara orang-orang yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW termasuk puteri kesayangan baginda, Siti Fatimah r.a dan putera bapa saudara baginda yang diasuh dengan kasih sayang sejak kecil, iaitu Sayyidina Ali r.a yang selama ini menjadi pembantu yang paling dipercayai oleh baginda.
Sayyidina Ali r.a sengaja ditinggalkan oleh Nabi Muhammad untuk melaksanakan tugas khas, iaitu berbaring di tempat tidur baginda untuk mengaburi mata orang-orang Quraisy yang bersedia hendak membunuh baginda. Sebelum Sayyidina Ali r.a melaksanakan tugas tersebut, ia dipesan oleh Nabi Muhammad SAW agar barang-barang amanah yang ada pada baginda dikembalikan kepada pemiliknya masing-masing. Setelah itu bersama semua anggota keluarga, Rasulullah SAW segera menyusul berhijrah.

Sayyidina Ali r.a membeli seekor unta untuk kenderaan bagi wanita yang akan berangkat hijrah bersama-sama. Rombongan hijrah yang menyusul perjalanan Rasulullah SAW terdiri dari keluarga Bani Hasyim dan dipimpin sendiri oleh Sayyidina Ali r.a. Di dalam rombongan Sayyidina Ali r.a ini termasuk Siti Fatimah r.a, Fatimah binti Asad bin Hasyim (ibu Sayyidina Ali r.a), Fatimah binti Zubair bin Abdul Mutalib dan Fatimah binti Hamzah bin Abdul Mutalib. Aiman dan Abu Waqid Al Laitsiy ikut bergabung dalam rombongan.

Rombongan Sayyidina Ali r.a berangkat dalam keadaan terburu-buru. Perjalanan ini tidak dilakukan secara diam-diam. Abu Waqid berjalan cepat-cepat menuntun unta yang ditunggang oleh kaum wanita, agar jangan dikejar oleh orang-orang Quraisy. Mengetahui hal itu, Sayyidina Ali r.a segera memperingatkan Abu Waqid, supaya berjalan perlahan-lahan, kerana semua penumpangnya adalah wanita. Rombongan berjalan melalui padang pasir di bawah sengatan terik matahari.

Di Dhajnan, rombongan Sayyidina Ali r.a beristirehat semalam. Ketika itu tiba pula Ummu Aiman (ibu Aiman). Ia menyusul anaknya yang telah berangkat lebih dahulu bersama Sayyidina Ali r.a. Bersama Ummu Aiman turut pula sejumlah orang muslimin yang berangkat hijrah. Waktu itu masing-masing sungguh sangat rindu ingin segera bertemu dengan Rasulullah SAW.

Waktu itu Rasulullah SAW bersama Abu Bakar As Siddiq sudah tiba dekat kota Madinah. Untuk beberapa waktu, baginda tinggal di Quba. Baginda menanti kedatangan rombongan Sayyidina Ali r.a. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar As Siddiq bahawa baginda tidak akan memasuki kota Madinah, sebelum putera bapa saudaranya dan puterinya sendiri datang.

Selama dalam perjalanan itu, Sayyidina Ali r.a tidak berkenderaan sama sekali. Ia berjalan kaki menempuh jarak 450 km sehingga kakinya pecah-pecah dan membengkak. Akhirnya tibalah semua anggota rombongan dengan selamat di Quba. Betapa gembiranya Rasulullah SAW menyambut kedatangan orang-orang yang disayanginya itu.

Ketika Nabi Muhammad SAW melihat Sayyidina Ali r.a tidak dapat berjalan kaki kerana kakinya membengkak, baginda merangkul dan memeluknya sambil menangis kerana sangat terharu. Baginda kemudian meludah di atas tapak tangan lalu diusapkan pada kaki Sayyidina Ali r.a. Dikatakan sejak itu sehinggalah wafatnya, Sayyidina Ali r.a tidak pernah mengeluh kerana sakit kaki.

Peristiwa yang sangat mengharukan itu sangat memberi kesan dalam hati Rasulullah SAW dan tidak dilupakan selama-lamanya. Berhubung dengan peristiwa itu, turunlah wahyu Ilahi yang memberi penilaian tinggi kepada kaum Muhajirin, seperti terdapat dalam surah Ali Imran ayat 195.

Ijab Kabul Pernikahan
Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dengan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja.

Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.

Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama-sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi Sayyidina Ali r.a. Sewaktu Sayyidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gopoh, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat Rasulullah. SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan, bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayyidina Ali r.a. berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayyidina Ali r.a. berkata, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayyidina Ali yang menyentuh perasaan itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayyidina Ali r.a, Abu Bakar berkata, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian Sayyidina Ali r.a. untuk melamar puteri Rasulullah SAW.

Beberapa waktu kemudian, Sayyidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. ia bertanya lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW.

Tercantum dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayyidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kauperoleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata, “Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Thalib dan ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”

Ummu Salamah meneruskan kisahnya, “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.

Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya, Rasulullah, itu kuterima dengan baik, “ jawab Ali bin Abi Tali r.a dalam pernikahan itu.
Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai oelh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayyidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan keberkahan atas perkahwinan itu.

Sejarah menyaksikan bahawa Fatimah puteri Rasulullah adalah seorang wanita mulia yang menempuh berbagai ujian yang memerlukan pengorbanan yang cukup besar dalam hidupnya. Walaupun beliau adalah puteri Rasulullah, namun hidupnya bukannya disaluti kemewahan dan kesenangan, tetapi kemiskinan dan kesusahan. Apabila berkahwin dengan Saidina Ali, kehidupannya tetap susah. Walaupun Rasulullah pemilik kepada seluruh kekayaan di muka bumi tapi baginda tidak pernah mendidik anaknya dengan kemewahan.

Sewaktu menjadi isteri Sayyidina Ali, Siti Fatimah menguruskan sendiri keperluan rumahtangganya. Sayyidina Ali sering tiada kerana keluar berjuang bersama Rasulullah SAW. Setiap hari, Siti Fatimah mengangkut air dari sebuah perigi yang jauhnya dua batu dari rumahnya. Beliau mengisar tepung untuk keperluan makanan keluarganya. Dalam serba susah dan miskin, beliau tetap ingin bersedekah walaupun hanya dengan sebelah biji kurma. Siti Fatimah tidak pernah mengeluh atau menyalahkan suaminya terhadap kesusahan yang terpaksa dihadapinya. Bahkan dikatakan bahawa seluruh kesusahan wanita di dunia ini telah ditanggung oleh beliau sehingga beliau tidak perlu dipologamikan. Wanita mulia ini sangat pemalu dan sangat menjaga maruah dirinya.

Sewaktu Rasulullah SAW hampir wafat, dia menemani ayahnda kesayangannya itu. Ketika itu Rasulullah SAW telah berbisik ke telinga kanannya. Rasulullah memberitahu Siti Fatimah bahawa sudah sampai masanya untuk baginda mengadap Tuhan. Siti Fatimah sungguh sedih kerana akan berpisah dengan ayah yang sangat dikasihinya. Kemudian baginda berbisik ke telinga kirinya pula. Siti Fatimah tersenyum gembira. Rupa-rupanya, Rasulullah SAW menyatakan bahawa Siti Fatimah adalah orang yang pertama yang akan menyusuli baginda.

Siti Fatimah meninggal di usia 28 tahun, lebih kurang lima bulan selepas wafatnya Rasulullah SAW.

MENGENANG WANITA-WANITA SOLEHAH

Sejarah hidup para wanita solehah dalam Islam sudah tercatat dalam Al Quran dan Hadis, marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup mereka agar kita termasuk dalam golongan penyumbang perjuangan Islam.


Siti Hajar duduk setahun dua tahun di padang pasir, di tinggalkan suami, suami datang sesekali, kemudian namanya dicipta untuk al-Quran sepanjang zaman.Tidak mungkin kita tidak mahu seperti cerita Siti Hajar ini. Tidak mahukah kita dengan apa yang dikatakan di dalam al Quran? Apakah kita masih mahukan suami kita ada bersama tiap-tiap hari dengan kita. Tidak sanggup kalau suami kita setahun sekali baru datang. Siti Hajar sanggup menciptakan keajaiban, menjadi wanita yang ditinggalkan oleh suami hanya berjumpa setahun sekali. Tetapi ditangannyalah keluar air zam-zam, dialah menghidupkan bandar Kaa’bah Makatulmukarromah. Mukjizat kepimpinan dan didikan dari suaminya iaitu Nabi Ibrahim.

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik Allah SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. Allah telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. Allah juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, Allah telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan iman dan Islam dalam dirinya.

Ramai yang tidak mengetahui sejarah seorang wanita bernama Mutiah yang tinggi taatnya kepada suami tercinta. Acapkali menyediakan tongkat,air dan berhias diri demi untuk suami dan menunggu suaminya pulang dari berjihad tanpa sekelumit rasa bosan dan patah semangat.Menjaga kehormatan diri dan maruah keluarga dengan seteguhnya.Dialah wanita yang akan memimpin dan memegang tali kenderaan tunggangan Fatimah az-Zahra ketika masuk ke syurga.

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, Allah memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih Allah untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada Allah, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia semenjak buaian.

Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah r.a.h? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah SAW begitu hebat, hinggakan Rasulullah SAW berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah SAW yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah SAW sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?
Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka Islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada Allah SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada Allah SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Sayidina Abu Bakar RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerana aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan Allah”
Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gilakan untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sejarah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.

ASMA SEBAGAI PENGINTIP BAGI RASULULAH

Selepas Rasulullah SAW menjadi Rasul selain daripada perang ada dua peristiwa yang sangat menakutkan. Setelah Rasulullah SAW mula diterima orang, pengaruh Rasulullah SAW dah mula ada, cakap-cakap Rasulullah SAW ada orang tidak boleh faham, sebab Rasulullah SAW sebut Akhirat, Tuhan, Syurga, mana orang faham. Jadi banyaklah orang marah. Di antara yang marah itu pembesar-pembesar Quraisy.


Akhirnya mereka ambil kepuitusan, Rasulullah SAW ditahan di Bani Said. Setiap jalan ke Bani Said disekat hingga makanan tidak boleh sampai dan tidak dibenarkan siapapun menyampaikan makanan. Kemudian orang arab jahiliah ini buat satu perjanjian ditulis di atas kulit. Selagi perjanjian iini kekal, selama itu dia kena tahanan. Perjanjian itu diganitung di Ka’bah. Kalau ikut logik, tulisan itu kekal sampai mati. Rupanya selepas Rasulullah SAW ditahan 3 tahun, tulisan itu dimakan oleh anai-anai. Orang Arab iini walau jahiliah, tetapi dia tunaikan janji. Maka dia lepaskan Rasulullah SAW.

Peristiwa ke 2 adalah setelah pengikutnya besar, ramai, pembesar-pembesar Arab berkumpul di Darun Nadwah, satu dewan besar. Mereka berunding macam mana hendak musnahkan Rasulullah SAW. Bila dimusyawarahkan akhirnya diambil keputusan di Darun Nadwah itu, kita bunuh saja Rasulullah SAW, tetapi yang bunuhnya bukan seorang, dibunuh oleh wakil-wakil kaum. Kerana mereka berfikir, kalau semua kaum terlibat membunuh, tidak adalah keluarga menunitut siapa-siapa, semua puak terlibat dalam membunuh. Tetapi pakatan ini diketahui oleh Rasulullah SAW. Satu malam Rasulullah SAW dan Saidina Ali keluar rumah dan bermalam di sebuah rumah. Pada malam itu Rasulullah SAW berpesan pada Saidina Ali, awak tidur di tempat saya supaya orang menyangka saya yang tidur di situ, sedangkan semua wakil kaum berada di sekeliling rumah itu.

Bila Saiyidina Ali berada di rumah itu, mereka menyangka Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW meninggalkan rumah itu. Wakitu dia keluar rumah itu, dia ambil pasir, dia baca ayat dan ditaburkan kepada semua sehingga semua tidur senyenyak nyenyaknya. Bila mereka terbangun, mereka terkejut, kita semua tidur, jangan-jangan Muhammad dah lari. Akhirnya mereka menyerbu ke rumah, tetapi yang tidur itu Saidina Ali, seorang budak. Maka mereka pun memburu Rasulullah SAW, tinggalkan Saiyidina Ali. Di sini ada satu hikmah, ada benda tersirat.

Yang pertama, melihatkan kepada kita bahawa Saiyidina Ali dari pada budak lagi sudah beraini. Kalau tahu orang hendak bunuh kita, ayahnya berpesan engkau tidur tempat abah, abah hendak lari, tenitu dia kata, tidak hendak tidak hendak, saya hendak ikut abah. Tetapi bila dipesan Rasulullah SAW, Saiyidina Ali tahu orang hendak bunuh Rasulullah SAW, dia sanggup gantikan. Di sini memperlihatkan betapa di wakitu kecil lagi Saiyidina Ali sudah beraini.

Yang ke 2, kalau kita tidak pandai cungkil hikmahnya, kita anggap Rasulullah SAW zalim. Dia hendak lepaskan diri, budak yang gantikan dia. Iini tidak bertanggung jawab. Begitulah ulasan orang Yahudi dan orang-orang Islam yang berpenyakit. Sebenarnya Rasulullah SAW bijak, wakitu-wakitu orang berhadapan dengan bahaya, satu orang penting satu kurang penting, tentulah yang tidak penting sanggup berkorban, yang tidak penting dikorbankan. Rasulullah SAW untuk umum, kalau mati Saiyidina Ali tidak apa, dia bukan Rasul. Iini mengajar umat Islam sepanjang masa, kalau iaitu perjuangan yang hak, kalau terjadi hendak dibunuh orang, siapa yang penting siapa yang tidak penting, kalau mesti mati satu orang, atas dasar strategi, yang tidak penting itu kena dikorbankan. Yang penting kena diselamatkan kerana dia penting unituk manusia. Itu bukan satu sikap yang tidak bertanggung jawab, tetapi satu kebijaksanaan.

Bila Rasulullah SAW sudah keluar malam itu. Dia dah berjanji dengan Saiyidina Abu Bakar hendak keluar sama. Kemudian Rasulullah SAW memberitahu Asma anak kepada Saiyidina Abu Bakar, disuruhnya menjadi pengintip. Mengapa Rasulullah SAW pilih perempuan tidak pilih lelaki? Orang jahiliah tidakkan terfikir yang hendak dijadikan pengintip itu seorang perempuan. Di sini bijaknya Rasulullah SAW, patutnya laki-laki jadi pengintip, tetapi perempuan dijadikan pengintip supaya orang tidak sangka.

Di sini Rasulullah SAW mengajar kita bahawa dalam satu perjuangan di satu-satu ketika boleh jadikan perempuan pengintip, atau boleh digunaakan perempuan menguasai satu satu bidang kalau diperlukan. Dia bukan terkungkung saja. Di zaman Rasulullah SAW boleh jadi pengintip. Sebab itu di zaman moden ini musuh-musuh Islam banyak menjadikan kaum ibu sebagai pengintip supaya kaum ibu dapat perangkap musuh. Musuh hendak diperangkap dengan kaum wainita. Tetapi Islam menjadikan perempuan supaya orang tidak terfikir perempuan pengintip atau dia tidak fikir dia perangkap musuh. Tetapi orang-orang kafir dan yang tidak ikut syariat, dia guna perempuan unituk perangkap musuh, perangkap lelaki, bukan supaya tidak perasan pengintip. Itulah hikmahnya.
Kalau kita tidak ulas sejarah ini orang akan kata tidak patut budak Saiyidina Ali gantikan tempat Rasulullah SAW. Kalau tidak dijadikan Asma pengintip, seolah-olah orang Islam yang fanatik dengan agama, perempuan itu tidak ada peranan. Sebenarnya dalam Islam, dalam sesetengah hal perempuan boleh berperanan macam jadi pengintip, tetapi ikut syariat.

KISAH RABIAH AL ADAWIYAH

Rabiah ialah anak keempat dalam satu keluarga miskin dilahirkan pada kurun pertama Hijrah di kota Basrah, tebing Sungai Dajlah, Iraq. Bapanya bernama Ismail bin Muhammad Dawi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat patuh dan taat pada agama, sukakan kebaikan dan sentiasa berdamping diri dengan Al Quran. Ayahnya seorang yang warak, sentiasa memenuhi masa dengan membaca Al Quran, memperbanyakkan sembahyang sunat, dan berpuasa serta hati tak lekang dari berzikir mengingati Allah.


Oleh kerana Rabiah anak yang bongsu, dia selalu mengikuti bapanya dan berdamping dengan segala program ayahnya. Sejak kecil lagi beliau telah dapat menghafaz Al Quran. Selain itu Al Quran juga menjadi penawar hatinya dan ubat bagi mengubati segala penyakitnya. Perangai Rabiah sangat berbeza dari adik beradiknya yang lain. Beliau sentiasa tenang dan tidak gopoh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bila waktu makan, beliau makan sedikit dan berhenti sebelum kenyang.
Rabiah selalu mengingatkan ayahnya supaya mengawasi dari memberi makanan yang syubhat lebih-lebih lagi yang haram kepadanya.

“Wahai ayah, lebih baik bersabar kerana lapar di dunia daripada bersabar terhadap azab Allah di akhirat.”

Dari keistimewaan yang terdapat padanya serta tingkah lakunya yang luar biasa sejak dari kecil itu, ternyata bahawa suatu hari nanti Rabiah Al Adawiyah akan menjadi salah seorang di antara kekasih-kekasih Allah. Bagaimanapun untuk mencapai darjat yang tinggi itu beliau terpaksa menghadapi berbagai ujian dan penderitaan hidup. Allah SWT tidak akan mengangkat darjat seseorang dengan semudah atau tanpa diuji terlebih dahulu.

Ujian pertama yang terpaksa ditempuhi ialah ayahnya meninggal dunia dalam usianya yang masih muda, ibunya pula menyusul tidak lama selepas itu. Ini membuatkan beliau terpaksa berpisah dengan adik beradiknya yang lain. Tinggallah Rabiah yatim piatu dan sebatang-kara tanpa saudara mara tempat mengadu dan bergantung hidup. Ketika itu ia hidup penuh dengan linangan air mata dan kesedihan memanjang. Ini membuatkan dia sedar dan insaf bahawa ujian yang Allah timpakan itu adalah untuk mengajarnya agar jangan bergantung dengan makhluk yang lain kecuali Allah. Allah lah tempat mengadu dan Allah jugalah yang menjadi hiburan dan tempat mengharap kasih sayang. Kini beliau menyerahkan dirinya bulat-bulat pada Allah.

Dalam keadaan demikian Rabiah telah bersua dengan seorang lelaki tua yang sedang bertasbih dan memuji Allah. Beliau menasihatkan Rabiah supaya bersabar kerana itu merupakan ujian Allah. Rabiah sentiasa diperlihatkan dengan mimpi-mimpi yang baik dalam tidurnya serta membuatkan beliau tenang dan sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran hidup.

Tidak berapa lama kemudian, bandar Basrah tempat tinggalnya telah dilanda musim kemarau yang sangat teruk dan berakhir dengan kebuluran dan kemusnahan. Ini membuatkan Rabiah terpaksa berhijrah ke tempat lain yang lebih selamat. Sewaktu menumpang dalam satu kafilah, tanpa disangka-sangka kafilah mereka telah diserang oleh perompak. Ketua perompak itu telah menangkap Rabiah untuk dijadikan barang rampasan dan beliau telah dijual di pasar sebagai hamba abdi.

Kini ia terikat dan berkhidmat pula dengan seorang tuan yang baru. Siang hari terpaksa bekerja kuat, membanting tulang empat keratnya mengangkat air, mengemas serta mengurus rumah. Namun begitu, walaupun keletihan, di malam hari, tetap digunakan untuk bermunajat dan beribadah kepada Allah. Dia sedar masa yang Allah kurniakan sangat berharga kepada hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir.

Suatu hari, ketika beliau ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. Rabiah terpaksa lari menyelamatkan diri tetapi malang, kakinya telah tergelincir lalu jatuh. Tangannya patah lantas beliau berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku ini anak yatim lagi abdi. Sekarang tanganku pula patah. Sungguh aku tidak peduli itu semua asalkan Engkau redha padaku, dan tunjukkanlah akan keredhaanMu itu.”

Tiba-tiba dia terdengar satu bisikan menyuruh ia bersabar dan mengingatkan ia akan janji-janji Allah di akhirat kelak. Selepas peristiwa itu pergantungan hatinya dengan Allah semakin teguh. Segala pengalaman yang dilalui dalam menempuh hidup ini yang penuh onak dan duri serta malapetaka dan bahaya menjadikan beliau seorang yang tahan diuji. Segala ujian yang ditimpakan itu semakin meneguh dan menguatkan keyakinannya terhadap Allah.

Pada suatu malam secara tidak sengaja tuannya telah terdengar suara rayuan dan munajat Rabiah kepada Allah. Ia bangun bertahajud di kala orang lain sedang enak tidur dibuai oleh mimpi-mimpi indah. Dengan penuh linangan air mata, Rabiah bercakap-cakap dengan Alllah, katanya: “Tuhanku, Engkau lebih mengetahui bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku akan habiskan seluruh masa malamku dan siangku dengan melakukan ibadat padaMu. Tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia.”
Tiba-tiba bilik Rabiah diterangi eahaya yang terang-benderang sedangkan dalam bilik itu tidak ada pelita atau lampu. Ini membuatkan tuannya sedar dan insaf akan kesalahannya kerana tidak membebaskan orang yang begitu hampir dan cinta kepada Allah.

Keesokan harinya, pergilah tuannya berjumpa dengan Rabiah dan memberitahu bahawa ia menyesal kerana memperhambakan Rabiah selama ini bahkan dia pula bersedia untuk menjadi hamba kepada Rabiah. Mendengar itu Rabiah merasa terharu. Dia lebih rela meninggalkan rumah itu dan mengasingkan diri dengan beruzlah serta bertaqarub kepada Allah.

Akhirnya, Rabiah Al Adawiyah kembali menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah dan memuji-muji Allah, mencurahkan harapan dan isi hatinya kepada Allah. Dia cintakan Allah sepenuh jiwa dan perasaan kerana dia dapat melihat Allah dengan ‘ainul basyirah’. Dia sedar hanya Allah sahaja yang layak dicintai dan dirindui serta dipuja dan hanya Allah yang mempunvai sifat-sifat yang lengkap untuk dipuji.

Berbagai karamah yang Allah kurniakan padanya dalam pengalaman kerohanian yang dilaluinya. Di antaranya, pada suatu ketika Hassan Al Basri mengajak Rabiah berbincang mengenai hal-hal kerohanian yang dilaluinya di atas air tasik. Beliau berkata begitu dengan niat hendak menunjukkan kelebihannya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa boleh berjalan di atas air). Rabiah Al Adawiyah berkata, “Hassan, buanglah perkara yang sia-sia itu jika kamu benar-benar hendak memisahkan diri dari perhimpunan aulia’ Allah. Kenapa kita tidak terbang saja di udara?” Rabiah Al Adawiyah berkata sedemikian kerana dia boleh berbuat demikian dan itulah salah satu karamah yang Allah kurniakan kepada beliau tetapi Hassan tidak boleh berbuat seperti itu.

Rabiah berkata lagi, “Ketahuilah bahawa apa sahaja yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan inikan aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara luar biasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan santun terhadap Allah.”

Cintakan makhluk pada pendapat Rabiah Al Adawiyah tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal. Cintakan makhluk seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, merana, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Bahkan Rabiah Al Adawiyah sentiasa menangis. Air matanya terlalu mudah tumpah walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah seberat mana, cuma lalai atau lupa pada Allah sedetik sahaja tetapi dirasakan terlalu besar dosanya. Ada orang bertanya kenapa Rabiah Al Adawiyah mudah menangis? Rabiah menjawab, “Aku takut berpisah dengan Allah walau sedetik pun dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafasku yang terakhir, jauhkan dia dari-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku.”

Kehidupan Rabiah Al Adawiyah terlalu miskin dan zuhud. Di dalam rumah beliau hanya terdapat sebuah balang yang mengandungi air minum dan wuduk, sebiji bata sebagai bantal dan sehelai tikar buruk sebagai alas tempat tidur. Melihatkan keadaan beliau yang terlalu dhaif, orang pun bertanya kepadanya, “Kenapa kamu hidup begini, sedangkan kamu mempunyai ramai teman yang hidup kaya raya dan mereka tentu boleh membantumu?”

Rabiah Al Adawiyah berkata, “Aku malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua memiliki segala-galanya. Bahkan aku lebih senang hidup dalam keadaan begini tanpa sibuk memikirkan soal-soal dunia yang bersifat sementara.”

Sungguhpun keadaan rumahnya begitu, ia tetap menjadi kunjungan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat dan secara tidak langsung merupakan sebuah sekolah untuk mempelajari “Al Hikmah” kerana orang ramai dapat menilai diri sendiri dari nasihat-nasihat beliau. Mereka juga datang untuk mempelajari ilmu-ilmu yang lain seperti feqah, tasawuf, ilmu jiwa dan lain-lain.

Antara doa Rabiah Al Adawiyah yang termasyhur ketika beliau bercakap-cakap dengan Tuhan dan tatkala merintih di waktu sunyi berbunyi: “Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu.”