Telaga Zam Zam semakin dikunjungi manusia, sehingga itu terbangun
sebuah masyarakat baru. Perkembangan secara mendadak ini telah sampai
pada pengetahuan beberapa suku kaum yang menetap di bahagian pendalaman kota Makkah.
Ini menarik perhatian mereka dan dengan itu mereka mengambil kesempatan
untuk sama-sama menyertai serta mendapatkan manfaat dari telaga suci
Zam-Zam.
Hajar, ibu Nabi Ismail tidak keberatan menerima penghijrahan mereka.
Malah Hajar menyambut mereka sebagai tetamu-tetamu terhormat dengan
diberi layanan yang sebaik-baiknya. Keadaan ini mereka menghormati dan
memuliakan lagi keluarga Nabi Ibrahim.
Juga mereka bersedia mematuhi peraturan-peraturan yang telah diatur dan
ditetapkan oleh Hajar. Justeru itu keadaan ini membawa mereka hidup
dalam suasana berkasih sayang dan saling bertolong bantu.
Nabi Ismail yang kian dewasa, hidup di tengah-tengah kelompok
masyarakat itu, turut melaksanakan tugas suci seperti Nabi Ibrahim.
Menyebar dan menyampaikan risalah Allah serta membawa masyarakat sekelilingnya kepada jalan yang benar, sehingga akhirnya bangsa Arab yang terkenal dengan sikap kasar dan bengis itu mengubah sikap mereka.
Nabi Ismail seterusnya membina sebuah keluarga dengan menikahi
seorang gadis dari bangsa Jurhum. Namun dengan gadis pertama ini,
kehidupan mereka tidak kekal lama. Melalui isteri keduanya, kebahagiaan
hidup dapat dirasai oleh Nabi Ismail di samping anak-anak yang
dikurniakan sebagai keturunannya. Dan dari keturunan itu lahirnya Nabi Muhammad SAW.
Kerinduan Nabi Ibrahim yang sekian lama berpisah dengan puteranya Ismail kian menebal di dadanya. Namun kerana tugasnya sebagai Nabi Allah, menyampaikan dakwah dan risalah Allah, keinginannya untuk bertemu itu ditangguhkan pada suatu masa yang belum pasti.
Nabi Ibrahim terpaksa mengembara ke seluruh pelusuk padang pasir yang
amat luas, bagi menemui rombongan-rombongan atau kafilah-kafilah
manusia, menyeru dan mengajak mereka pada agama yang benar menyembah dan
mengEsakan Allah. Inilah suatu tugas berat yang mesti dilaksanakan oleh
baginda sebagai utusan Allah.
Sementara Nabi Ismail pula tetap berada di sekitar telaga Zam Zam,
yang terus menerus mengeluarkan airnya dan sentiasa dikunjungi manusia,
sehingga pertambahan mereka menyebabkan keadaan di sekitar Zam Zam
berubah kepada sebuah kota, iaitu yang selalu disebut-sebut mereka
sebagai kota Makkah.
Ketika Nabi Ibrahim sibuk dengan tugasnya mengajak dan menyeru manusia menyembah Allah, maka Allah SWT telah menurunkan wahyu memerintahnya mendirikan Rumah Allah (Baitillahil Haram) iaitu Kaabah berhampiran telaga Zam Zam. Tugas suci ini mesti dilakukan bersama-sama anaknya Nabi Ismail.
Dengan itu Nabi Ibrahim segera menuju ke Makkah, mendapatkan Ismail.
Tiba di Mekah mereka bertemu di telaga Zam Zam. Di dalam kemuncak
kegembiraan atas pertemuan itu Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail akan
wahyu Allah yang diterimanya, “Wahai anakku Allah telah memerintahkan
kepadaku untuk mendirikan sebuah rumah di atas dataran yang tinggi itu.”
Binaan Rumah Allah akan dibina berhampiran telaga Zam-Zam.
Mendengarkan perintah itu Nabi Ismail yang sangat taat pada Allah dan
kedua orang tuanya, hanya menundukkan kepalanya tanpa sebarang kata.
Setelah itu kedua Nabi Suci Allah segera menuju pada tempat yang telah
ditetapkan oleh Nabi Ibrahim secara tapak pembinaan Baitillahil Haram.
Dengan dibantu oleh beberapa alat dan dengan tulang empat kerat yang
ada, mereka membuat kerja-kerja mendatarkan tanah, mengangkut,
mengumpulkan pasir dan seterusnya sedikit demi sedikit meninggikan
beberapa tiang dan benteng Kaabah.
Dalam pada mereka bekerja keras berhempas pulas mengerjakan pembinaan
Rumah Allah, kedua Nabi suci itu memanjatkan doa kepada Allah dengan
berkata, “Ya Allah.
Terimalah persembahan kami, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Wahai Tuhan Jadikanlah kami muslimin untuk Engkau, begitu pula anak dan
keturunan kami semua menjadi umat yang Islam. Tunjukkanlan kepada kami akan cara peribadatan kami, berilah ampun terhadap kami, kerana Engkau Maha Pengampun lag Maha Pengasih.”
Doa Nabi Ibrahim ini Allah SWT rakamkam dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 128.
Nabi Ibrahim ketika berdoa, baginda telah berdiri pada satu tempat
yang berhampiran dengan bangunan Kaabah yang sedang dalam pembinaan. Dan
tempat berdiri baginda itulah yang dinamakan Maqam Ibrahim yang
sekarang ini sesiapa yang mengadakan tawaf di rumah suci Allah itu
disunnahkan melakukan sembahyang sunat dua rakaat dan berdoa. Maqam NaD
Ibrahim ini adalah merupakan di antara tempat-tempat berdoa yang
dimakbulkan Allah. Sehinggalah di saat ini tempat itu sentiasa menjadi
rebutan ribuan manusia setiap tahun yang tidak pernah kosong dari dahulu
dan sekarang.
Doa yang telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim itu mengandungi dua makna
terpenting. Pertamanya, merupakan persembahan kepada Allah terhadap apa
yang telah mereka kerjakan. Bergantung kepada sejauh mana penilaian
Allah terhadap usaha-usaha mereka. Sementara yang keduanya, mengandungi
permohonan atau pengharapan. Mengharap agar Allah menjadikan Ibrahim dan
Ismail serta keturunan mereka menjadi manusia yang beragama Islam dan
dipilih menjadi orang-orang yang beriman serta yang menyerah diri
semata-mata kepada Allah. Dan juga agar Allah menunjukkan kepada mereka
cara-cara beribadah yang sebenarnya.
Nabi Ibrahim dan Ismail kembali meneruskan pekerjaan yang beium
selesai. Setelah binaan Kaabah hampir siap, mereka dapati masih ada
kekurangan yang perlu ditambah. Waktu itulah Allah SWT dengan
kekuasaan-Nya menghantarkan kepada mereka seketul batu hitam dari
syurga. Batu yang luar biasa keadaannya, berwarna hitam (asal berwarna
putih) serta berkilat.
Oleh kerana gembiranya mereka mendapatkan pemberian besar dari Allah
itu, mereka mengucapkan syukur berulang-ulang kali sambil mengucup batu
tersebut dan di waktu yang sama mereka membawanya mengelilingi Rumah
Allah dan sama-sama meletakkan pada tempatnya, yang sekarang ini
dinamakan Hajar Aswad.
Peristiwa ini dijadikan salah satu dari ibadah- ibadah sunat yang
digalakkan melakukannya semasa mengerjakan haji. Kerana itu pada setiap
kali musim haji, mereka yang tawaf keliling Kaabah berebut-rebut untuk
mengucup batu hitam tersebut. Sementara mereka yang tidak berpeluang
berbuat demikian memadailah dengan mengangkat tangannya sebagai syarat
ke arah batu hitam dan mencium tangannya. Seolah-olah ia juga turut
menciumi Hajar Aswad.
Sekalipun ibadah ini bukan ibadah yang wajib, tetapi setiap muslimin
yang datang ke situ berhabis tenaga untuk mendapatkannya, kerana ia
memberi kesan mendalam bagi seseorang yang dapat berbuat demikian
seperti mencium Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail. Merekalah orang yang
pertama sekali melakukan begitu pada Hajar Aswad. Begitu juga
seakan-akan mencium Nabi Muhammad, para sahabat, orang-orang soleh yang
pernah datang ke situ.
Pengaruh ini dibawa oleh seorang yang bernama Amar bin Lahyin.
Seorang yang terkenal dengan hartawan dan juga dermawan. Kedermawanan
Amar pernah satu ketika menyumbangkan 10,000 ekor unta dan
membahagi-bahagikan makanan dan pakaian kepada berpuluh-puluh ribu
jemaah haji. Oleh kerana kebanyakan jemaah haji yang datang itu terdiri
dari mereka yang kurang pengetahuan dan kefahaman tentang ajaran
Ibrahim, mereka menganggap perbuatan Amar itu sebagai satu perbuatan
yang suci. Mereka juga menganggap Amar seorang yang mulia dan suci
sehingga menyama tarafkan Amar dengan Tuhan. Segala apa yang dikatakan
oleh Amar dianggap wahyu dan syariat. Akhirnya berubah dan terbubar
keseluruhan ajaran Nabi Ibrahim. Dan manusia kembali kufur dan derhaka
kepada Allah.
Mereka kembali kepada ajaran umat manusia sebelum kedatangan Nabi dan
Rasul. Mereka menyembah berhala dan memuliakan binatang (unta).
Menyembah Al Manat, Yaghut, Nasr dan lain-lain berhala yang sengaja
mereka bawa masuk ke kota suci Makkah dan memenuhi Kaabah dengan
patung-patung berhala mereka. Hingga Kota Makkah dan seluruh Tanah Arab
dipenuhi berhala dan cara penyembahan yang karut itu. Demikianlah
besarnya pengaruh manusia kepada ajaran Amar.
Namun demikian Allah SWT tidak akan membiarkan bumi-Nya dipenuhi oleh
kejahilan, kederhakaan dan kekurafatan manusia. Maka Allah mengutuskan
Nabi Muhammad dari keturunan Ismail dan Ibrahim, untuk seluruh umat
manusia. Kedatangan bagindaadalah membersih dan mengembalikan manusia
kepada menyembah dan mengesakan Allah SWT.
Demikianlah Allah telah menerima permohonan dan doa Nabi Ibrahim dan Ismail. Sementara perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah,
para sahbat serta orang-orang soleh, juga para ulama menegakkan kembali
ajaran Allah, bukan sahaja terpikul di atas bahu mereka, malah inilah
juga perjuangan bagi seluruh umat muslimin, dalam mengajak manusia
kepada kebenaran.
Firman Allah pada akhir surah Al Haj yang bermaksud: “Berjuanglah
kamu di jalan Allah dengan sebenar-benar kesungguhan (jiwa, raga dan
harta). Ia (Allah) sudah memilih kamu dan tidaklah ia menjadikan satu
perkara yang amat berat atas kamu dalam agama ini, iaitu agama yang
diajarkan oleh bapa kamu Ibrahim, lalah yang menamakan kamu Muslimin
sebelum ini dan juga dalam Al Quran, agar Rasul itu menjadi penyampai
(berita) kepada kamu. Maka dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat,
dan berpeganglah dengan agama Allah. Ia Tuhan kamu, adalah sebaik- baik
Tuhan dan sebaik-baik penolong.”
Tindakan ini melambangkan rasa cinta-iaitu cinta seorang hamba
terhadap kekasih-kekasih Allah. Ini juga bererti mencintai Allah. Kerana
kecintaan inilah yang menarik jutaan umat Islam
dari seluruh pelusuk dunia untuk datang mengerjakan haji dan tawaf di
Kaabah atau Baitul Atiq atau Baitul Makmur iaitu rumah yang selalu
dikunjungi manusia, sebagaimana Baitul Makmur yang ada di langit tempat
tumpuan para Malaikat.
Setelah pembinaan rumah Allah itu selesai, maka Allah mengajarkan
kepada Nabi Ibrahim dan Ismail bagaimana untuk mengerjakan ibadah haji
iaitu cara penyembahan terhadap Allah SWT. Dengan ibadah ini jugalah
Nabi Ibrahim dan Ismail menyampai dan menunjuk ajar kepada semua para
nabi dan rasul yang kemudiannya hinggalah ibadah haji ini sampai kepada
Nabi terakhir dan penutu segala nabi iaitu Nabi Muhammad SAW.
Ibadah-ibadah yang termasuk sembahyang, puasa, zakat dan haji, kerana
nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan kemudian hanya tinggal
meneruskan saja ajaran Nabi Ibrahim.
Akhirnya Nabi Ibrahim berdoa lagi pada Allah, “Wahai Tuhan Kami!
Sesungguhnya aku menempatkan anak turunanku di lembah yang tidak
mempunyai tumbuh-tumbuhan dan manusia, di sekirat rumah Engkau yang suci
(Kaabah). Ya Tuhan! Agar mereka mendirikan sembahyang. Jadikanlah
tempat ini sebagai tempat bertawaf, iktikaf, rukuk dan sujud. Jadikanlah
hati manusia tertarik dan simpati terhadap mereka. Berikanlah rezeki
kepada mereka dari buah-buahan. Mudah-mudahan mereka menjadi orang yang
bersyukur.”
“Wahai Tuhan! Bangkitkanlah seorang Rasul dari kalangan mereka,
yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kepada
mereka kitab dan hikmah, serta yang akan membersihkan mereka, kerana
sesungguhnya Engkau Maha Gagah, lagi Maha Bijaksana.”
Berabad-abad telah berlalu, setelah kewatatan Nabi Ibrahim dan
Ismail, Makkah Baitillahil Haram semakin menjadi tumpuan dan kunjungan
manusia dari seluruh dunia untuk melakukan ibadah haji dan umrah. Yang
dikerjakan dalam bulan-bulan tertentu dalam bulan Islam. Namun demikian,
lama kelamaan, mereka mulai lupa kepada ajaran Nabi Ibrahim. Syariat
yang diwahyukan Allah kepada Nabi Ibrahim satu demi satu mereka
tinggalkan. Mereka mereka dan menokok tambah cara-cara ibadah yang sedia
ada dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Mereka bukan lagi
menyembah Allah tetapi menyembah Rumah Allah iaitu Kaabah dan berhala.
No comments:
Post a Comment