Dan dari Abu Said Alkhudri berkata bahawa Rasulullah
s.a.w. ada bersabda: Pada zaman dahulu, terdapat seseorang yang
telah membunuh hampir sembilan puluh sembilan nyawa, kemudian ia ingin
bertaubat. Lalu ia mencari seorang pendita dan bertanya apakah masih ada
peluang untuknya bertaubat?
Jawab pendita itu: Tidak ada. Maka segera dibunuh pendita itu
menjadikan genap seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian ia pergi
mencari seorang alim pula dan bertanyakan akan pertanyaan yang sama.
Maka dijawab oleh orang alim itu bahawa dia masih berpeluang untuk
bertaubat dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Pergilah ke sebuah
dusun di mana di situ terdapat orang-orang yang taat kepada Allah.
Lakukanlah sebagaimana yang mereka semua buat dan jangan kembali ke
negeri ini lagi. Lalu pergilah orang itu tetapi di pertengahan jalan
ajalnya tiba lebih dahulu.
Maka bertengkarlah Malaikat rahmat dan Malaikat seksa. Berkatalah
Malaikat rahmat: Dia telah berniat untuk bertaubat kepada Allah sepenuh
hatinya. Berkata pula Malaikat seksa: Dia belum pernah berbuat kebaikan
sama sekali. Kemudian datanglah seorang Malaikat berupa manusia sebagai
hakim di antara mereka. Dia berkata: Ukur sahaja jarak di antara dua
dusun yang ditinggalkan dan yang dituju, ke mana dia paling hampir
masukkanlah ia kepada golongan itu. Setelah diukur, didapati jaraknya
lebih hampir kepada dusun yang baik kira-kira sejengkal. Lalu dipegang
rohnya oleh Malaikat rahmat.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih dari tujuh puluh kali.
No comments:
Post a Comment