Selepas Rasulullah SAW
menjadi Rasul selain daripada perang ada dua peristiwa yang sangat
menakutkan. Setelah Rasulullah SAW mula diterima orang, pengaruh
Rasulullah SAW dah mula ada, cakap-cakap Rasulullah SAW ada orang tidak
boleh faham, sebab Rasulullah SAW sebut Akhirat, Tuhan, Syurga, mana
orang faham. Jadi banyaklah orang marah. Di antara yang marah itu
pembesar-pembesar Quraisy.
Akhirnya mereka ambil kepuitusan, Rasulullah SAW ditahan di Bani
Said. Setiap jalan ke Bani Said disekat hingga makanan tidak boleh
sampai dan tidak dibenarkan siapapun menyampaikan makanan. Kemudian
orang arab
jahiliah ini buat satu perjanjian ditulis di atas kulit. Selagi
perjanjian iini kekal, selama itu dia kena tahanan. Perjanjian itu
diganitung di Ka’bah. Kalau ikut logik, tulisan itu kekal sampai mati.
Rupanya selepas Rasulullah SAW ditahan 3 tahun, tulisan itu dimakan oleh
anai-anai. Orang Arab iini walau jahiliah, tetapi dia tunaikan janji.
Maka dia lepaskan Rasulullah SAW.
Peristiwa ke 2 adalah setelah pengikutnya besar, ramai,
pembesar-pembesar Arab berkumpul di Darun Nadwah, satu dewan besar.
Mereka berunding macam mana hendak musnahkan Rasulullah SAW. Bila
dimusyawarahkan akhirnya diambil keputusan di Darun Nadwah itu, kita
bunuh saja Rasulullah SAW, tetapi yang bunuhnya bukan seorang, dibunuh
oleh wakil-wakil kaum. Kerana mereka berfikir, kalau semua kaum terlibat
membunuh, tidak adalah keluarga menunitut siapa-siapa, semua puak
terlibat dalam membunuh. Tetapi pakatan ini diketahui oleh Rasulullah
SAW. Satu malam Rasulullah SAW dan Saidina Ali
keluar rumah dan bermalam di sebuah rumah. Pada malam itu Rasulullah
SAW berpesan pada Saidina Ali, awak tidur di tempat saya supaya orang
menyangka saya yang tidur di situ, sedangkan semua wakil kaum berada di
sekeliling rumah itu.
Bila Saiyidina Ali berada di rumah itu, mereka menyangka Rasulullah
SAW. Kemudian Rasulullah SAW meninggalkan rumah itu. Wakitu dia keluar
rumah itu, dia ambil pasir, dia baca ayat dan ditaburkan kepada semua
sehingga semua tidur senyenyak nyenyaknya. Bila mereka terbangun, mereka
terkejut, kita semua tidur, jangan-jangan Muhammad dah lari. Akhirnya
mereka menyerbu ke rumah, tetapi yang tidur itu Saidina Ali, seorang
budak. Maka mereka pun memburu Rasulullah SAW, tinggalkan Saiyidina Ali.
Di sini ada satu hikmah, ada benda tersirat.
Yang pertama, melihatkan kepada kita bahawa Saiyidina Ali dari pada
budak lagi sudah beraini. Kalau tahu orang hendak bunuh kita, ayahnya
berpesan engkau tidur tempat abah, abah hendak lari, tenitu dia kata,
tidak hendak tidak hendak, saya hendak ikut abah. Tetapi bila dipesan
Rasulullah SAW, Saiyidina Ali tahu orang hendak bunuh Rasulullah SAW,
dia sanggup gantikan. Di sini memperlihatkan betapa di wakitu kecil lagi
Saiyidina Ali sudah beraini.
Yang ke 2, kalau kita tidak pandai cungkil hikmahnya, kita anggap
Rasulullah SAW zalim. Dia hendak lepaskan diri, budak yang gantikan dia.
Iini tidak bertanggung jawab. Begitulah ulasan orang Yahudi dan
orang-orang Islam
yang berpenyakit. Sebenarnya Rasulullah SAW bijak, wakitu-wakitu orang
berhadapan dengan bahaya, satu orang penting satu kurang penting,
tentulah yang tidak penting sanggup berkorban, yang tidak penting
dikorbankan. Rasulullah SAW untuk umum, kalau mati Saiyidina Ali tidak
apa, dia bukan Rasul. Iini mengajar umat Islam
sepanjang masa, kalau iaitu perjuangan yang hak, kalau terjadi hendak
dibunuh orang, siapa yang penting siapa yang tidak penting, kalau mesti
mati satu orang, atas dasar strategi, yang tidak penting itu kena
dikorbankan. Yang penting kena diselamatkan kerana dia penting unituk
manusia. Itu bukan satu sikap yang tidak bertanggung jawab, tetapi satu
kebijaksanaan.
Bila Rasulullah SAW sudah keluar malam itu. Dia dah berjanji dengan Saiyidina Abu Bakar
hendak keluar sama. Kemudian Rasulullah SAW memberitahu Asma anak
kepada Saiyidina Abu Bakar, disuruhnya menjadi pengintip. Mengapa
Rasulullah SAW pilih perempuan tidak pilih lelaki? Orang jahiliah
tidakkan terfikir yang hendak dijadikan pengintip itu seorang perempuan.
Di sini bijaknya Rasulullah SAW, patutnya laki-laki jadi pengintip,
tetapi perempuan dijadikan pengintip supaya orang tidak sangka.
Di sini Rasulullah SAW mengajar kita bahawa dalam satu perjuangan di
satu-satu ketika boleh jadikan perempuan pengintip, atau boleh
digunaakan perempuan menguasai satu satu bidang kalau diperlukan. Dia
bukan terkungkung saja. Di zaman Rasulullah SAW boleh jadi pengintip.
Sebab itu di zaman moden ini musuh-musuh Islam banyak menjadikan kaum
ibu sebagai pengintip supaya kaum ibu dapat perangkap musuh. Musuh
hendak diperangkap dengan kaum wainita. Tetapi Islam menjadikan
perempuan supaya orang tidak terfikir perempuan pengintip atau dia tidak
fikir dia perangkap musuh. Tetapi orang-orang kafir dan yang tidak ikut
syariat, dia guna perempuan unituk perangkap musuh, perangkap lelaki,
bukan supaya tidak perasan pengintip. Itulah hikmahnya.
Kalau kita tidak ulas sejarah ini orang akan kata tidak patut budak
Saiyidina Ali gantikan tempat Rasulullah SAW. Kalau tidak dijadikan Asma
pengintip, seolah-olah orang Islam yang fanatik dengan agama, perempuan
itu tidak ada peranan. Sebenarnya dalam Islam, dalam sesetengah hal
perempuan boleh berperanan macam jadi pengintip, tetapi ikut syariat.
No comments:
Post a Comment