Pada zaman Nabi Musa
AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun
berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kalimallah,
berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka
berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas.
Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka
berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh
debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina
rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’..
wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang
benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan
pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..
asqinaa”..
Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan
kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang
bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar
dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan
hujan untuk kamu”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang
bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami,
kerana engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan
dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu
pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka
akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun
tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun
menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah,
Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau
menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah
taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal
pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah
hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan
kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”.
Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang
kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah
berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih
bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat
kepadaKu?”
Begitulah baiknya Allah..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita
melakukan dosa, tentu lah malunya manusia. Tetapi dengan rahmatNya di
tutup aib bahkan sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 bahkan
bila taubat di terima, akan di padam segala keaiban tersebut.
Moga di bulan Ramadhan ini kita mengakui semua dosa-dosa kita,
ditaubatkan sungguh2 kerana kemuliaan Ramadhan itu, Allah berjanji
melalui kekasihnya Rasulullah,
diantara keistimewaan Ramadhan, bulan diampunkan semua dosa2 dan bulan
akan dikabulkan semua doa2…”Ya Allah, melalui mukjizat RasulMu,
ampunilah segala dosa2 kami yang
terdahulu mahupun yang kemudian, yang tersembunyi mahupun yang nyata,
yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui, yang disengajakan
mahukan yang tidak disengajakan.Sesungguhnya kemuliaan bulan ini, moga
sudilah Engkau mengampuni kami wahai Allah.”
No comments:
Post a Comment